Kesedaran Tentang Jenayah Seksual Dalam Kalangan Pelajar Sekolah
4 Disember 2024 (Rabu), Jabatan Bantuan Guaman Pejabat Negeri Sarawak telah dijemput untuk menyantuni pelajar-pelajar di SMK Demak Baru. Puan Jayniesa Lavang Jarit telah menyampaikan penerangan undang-undang bertajuk Kesedaran Tentang Jenayah Seksual Dalam Kalangan Pelajar Sekolah. Seramai 52 orang pelajar Tingkatan 4 yang terdiri daripada 12 orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan serta 4 orang guru yang tetlibat. Terdapat 2 hala komunikasi di antara penceramah dan pelajar sepanjang penerangan undang-undang dijalankan. Aktiviti kuiz juga dibuat dan sambutan amat menggalakkan dan minat yang tinggi daripada pelajar untuk mengetahui tentang jenayah seksual. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengetua SMK Demak Baru, Puan Ummi Soefiah binti Ishak atas jemputan serta kerjasama yang telah diberikan. |
|