Kunjungan Hormat ke Penjara Puncak Borneo, Sarawak
10 Disember 2024 (Selasa), Kunjungan Hormat ke Penjara Puncak Borneo, Sarawak. Kunjungan tersebut disambut baik oleh Penolong Komisioner Penjara, Tuan Shahrin Nizam bin Ahmad dan pegawai-pegawai penjara. Pegawai yang hadir adalah Pengarah JBG, Puan Zubaidah binti Sharkawi bersama Puan Khadijah binti Ibrahim, Penolong Pegawai Syariah, Encik Muhammad Omar Hazim bin Khalil Anwar, Penolong Pegawai undang-undang dan Encik Azizan bin Zaini , Pemandu yang bertugas. Beberapa perkara telah dibincangkan dalam sesi kunjungan tersebut dan kerjasama akan diteruskan pada masa akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Penjara Puncak Borneo.. |
|