Program Toleransi Sifar Keganasan @ Advokasi Antigangguan Seksual Sarawak Tahun 2024
12 Disember 2024 (Khamis), Jabatan Bantuan Guaman, Sarawak telah menyertai Program Toleransi Sifar Keganasan @ Advokasi Antigangguan Seksual Sarawak Tahun 2024. Program ini diadakan di UNIMAS Sarawak dan merupakan program terakhir pada tahun ini. Justeru itu, program ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pencegahan dan kesedaran mengenai gangguan seksual dengan fokus utama kepada masyarakat, pelajar instituti pengajian tinggi, sektor awam dan swasta. Sehubungan dengan itu, YB Menteri telah membincangkan isu penting termasuk langkah proaktif untuk menangani gangguan seksual melalui inisiatif Tibunal Antigangguan Seksual (TAGS) . TAGS kini menjadi platform penting dalam menyelesaikan antigangguan seksual secara cepat, mudah dan kos yang minimum. YB Menteri juga menyeru kepada masyarakat untuk bersatu membanteras gangguan seksual. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atas jemputan dan kerjasama yang telah diberikan untuk menyertai program ini. | |