Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan Ceramah Integriti Tahun 2023
4 Disember 2023 - Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Ceramah Pengukuhan Integriti Tahun 2023 telah diadakan Dewan Saksama Aras 2, Bangunan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU). Majlis tersebut adalah anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI). Majlis juga turut disertai oleh Lembaga Penasihat (LP), Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK), Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) dan Bahagian Perlindungan (BP).