jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Kunjungan hormat dan mesyuarat pelaporan dana sumbangan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) kepada Jabatan Bantuan Guaman

18 Disember 2024 (Rabu) :- Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Pelaporan Dana Majlis Agama Islam Negeri Johor yang telah disalurkan kepada JBG Negeri Johor dan JBG Cawangan Muar bagi membantu golongan asnaf yang terpilih yang bagi tujuan bantuan guaman di JBG Negeri Johor dan JBG Cawangan Muar tersebut.
Mesyuarat ini juga bertujuan bagi membincangkan hala tuju dan isu-isu berbangkit bagi menambah baik gerak kerja dan seterusnya mengeratkan hubungan baik di antara JBG dan MAINJ. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor iaitu Tuan Haji Hasrin Kamal Bin Hashim dan pihak JBG diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman iaitu YBhg Dato’ Norazmi Bin Mohd Narawi. Mesyuarat ini telah diadakan di Dewan Syura, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor Jalan Masjid Abu Bakar 8000 Johor Bahru Johor pada jam 10.00 pagi - 12.00 tengah hari.
Hadir sama dalam mesyuarat ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) Tuan Haji Nassir Bin Abdul Aziz, Pengarah JBG Negeri Johor Puan Thalha Binti Bachok @ Embok Mok, Ketua Cawangan JBG Cawangan Muar Tuan Khir Nizam Bin Jemari, Pengarah Bahagian Litigasi dan Nasihat (Syariah) Puan Rosedaliyaty Binti Daud, Pengarah Bahagian Pengantaraan (Syariah) Puan Siti Salwa Mohd Noh @ Ghazali, dan Pegawai-Pegawai JBG.
JBG dan Delegasi yang diketuai oleh YBhg Dato Ketua Pengarah Dato’ Norazmi Bin Mohd Narawi juga mengambil kesempatan untuk mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAINJ bagi tujuan memperkenalkan delegasi JBG disamping mengucapkan tahniah kepada CEO MAINJ yang memulakan tugas pada 1 Oktober 2024.
Semoga kerjasama yang baik ini dapat di teruskan dan memberikan manfaat kepada golongan asnaf Negeri Johor.
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
   

Majlis menandatangani nota kerjasama Jabatan Bantuan Guaman bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

13 Disemberi 2024 - Jabatan Bantuan Guaman(JBG) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) hari ini telah mengadakan Majlis Menandatangani Nota Kerjasama untuk menambahbaik perkhidmatan dan pemberian bantuan guaman MAIWP di Menara MAIWP, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman, Dato Norazmi bin Mohd Narawi. Pihak MAIWP dan JBG menjalinkan kerjasama ini khusus bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan berkaitan dengan kes-kes perbicaraan di Mahkamah mulai daripada tahun 2018.
Berdasarkan laporan Bantuan Guaman Syarie JBG-MAIWP, sehingga kini sebanyak 419 kes melibatkan golongan yang kurang berkemampuan berjaya diselesaikan melalui program kerjasama ini. Hadir sama dalam majlis tersebut Timbalan Ketua Pengarah (Syariah),Tn Hj Nassir bin Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Litigasi dan Nasihat (Syariah), Pn Rosedalliyaty bt Daud, Pengarah Bahagian Pengantaraan (Syariah), Pn Siti Salwa Mohd Nor @ Ghazali, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Kuala Lumpur, Pn Sazlinidayu bt Kamarul Bahrin serta pegawai pegawai JBG.
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
 

Program Toleransi Sifar Keganasan @ Advokasi Antigangguan Seksual Sarawak Tahun 2024

12 Disember 2024 (Khamis), Jabatan Bantuan Guaman, Sarawak telah menyertai Program Toleransi Sifar Keganasan @ Advokasi Antigangguan Seksual Sarawak Tahun 2024. Program ini diadakan di UNIMAS Sarawak dan merupakan program terakhir pada tahun ini. Justeru itu, program ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pencegahan dan kesedaran mengenai gangguan seksual dengan fokus utama kepada masyarakat, pelajar instituti pengajian tinggi, sektor awam dan swasta. Sehubungan dengan itu, YB Menteri telah membincangkan isu penting termasuk langkah proaktif untuk menangani gangguan seksual melalui inisiatif Tibunal Antigangguan Seksual (TAGS) . TAGS kini menjadi platform penting dalam menyelesaikan antigangguan seksual secara cepat, mudah dan kos yang minimum. YB Menteri juga menyeru kepada masyarakat untuk bersatu membanteras gangguan seksual. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atas jemputan dan kerjasama yang telah diberikan untuk menyertai program ini.
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n

Kunjungan Hormat ke Penjara Puncak Borneo, Sarawak

10 Disember 2024 (Selasa), Kunjungan Hormat ke Penjara Puncak Borneo, Sarawak. Kunjungan tersebut disambut baik oleh Penolong Komisioner Penjara, Tuan Shahrin Nizam bin Ahmad dan pegawai-pegawai penjara. Pegawai yang hadir adalah Pengarah JBG, Puan Zubaidah binti Sharkawi bersama Puan Khadijah binti Ibrahim, Penolong Pegawai Syariah, Encik Muhammad Omar Hazim bin Khalil Anwar, Penolong Pegawai undang-undang dan Encik Azizan bin Zaini , Pemandu yang bertugas. Beberapa perkara telah dibincangkan dalam sesi kunjungan tersebut dan kerjasama akan diteruskan pada masa akan datang.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Penjara Puncak Borneo..
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n

Kunjungan Hormat JBG ke Pejabat Ketua Pengarah Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

9 Disember 2024 (Isnin) - Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Ibu Pejabat telah mengadakan kunjungan hormat di Pejabat YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Turut hadir dalam program ini, Hakim Rayuan JKSM, YA Dato' Shukor bin Sabuddin , YA Puan Hjh. Noor Hadina bt. Ahmad Zabidi , Puan Azlina bt. Abdul Aziz, Pengarah Kanan (Pengurusan) , Tuan Mamat Haizan bin Salleh , Pengarah BPKR JKSM dan Tuan Mohd Bukhari bin Yusof, Ketua Unit Komunikasi, Koperat JKSM.
Kunjung hormat ini diadakan bagi tujuan membentangkan Cadangan Penetapan Dasar Berhubung Penggubalan Rang Undang-Undang Yang Baharu Berkaitan Perkhidmatan Bantuan Guaman Yang Holistik khususnya kes Syariah yang dikendalikan oleh Jabatan Bantuan Guaman.
Delegasi JBG Ibu Pejabat diketuai oleh YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah JBG dan diiringi oleh Puan Arleen binti Ramly, Timbalan Ketua Pengarah (Sivil), Tuan Hj. Nassir bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah), Puan Hasnurliza binti Mohd Radzi, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Dasar serta Puan Rosedalliyaty binti Daud, Pengarah Bahagian Litigasi dan Nasihat (Syariah).
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
   

Sub-kategori