Pengantaraan

 

  1. JBG menyediakan perkhidmatan pengantaraan kepada semua warganegara Malaysia. Pengantaraan ialah proses di mana pihak-pihak yang bertikai menyelesaikan pertikaian mereka secara sukarela dan damai dengan bantuan pihak ketiga yang dikenali sebagai pengantara.
  2. Khidmat pengantaraan disediakan kepada orang yang dibantu dalam perkara yang berkaitan mana-mana prosiding yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Akta Bantuan Guaman 1971.
  3. Jika pihak-pihak menandatangani perjanjian persetujuan untuk pengantaraan, pertikaian akan diselesaikan dalam tempoh 30 hari melalui sidang pengantaraan yang dihadiri oleh kedua-dua pihak.
  4. Pihak-pihak digalakkan untuk menggunakan khidmat pengantaraan bagi menyelesaikan pertikaian secara baik tanpa melalui proses perbicaraan yang rumit di Mahkamah memandangkan kaedah pengantaraan lebih menjimatkan masa dan kos serta boleh mencapai satu “win-win situation”.

 

Jenis-jenis kes yang sesuai untuk pengantaraan ialah:-

Pengantaraan Sivil

  1. Nafkah isteri dan anak-anak
  2. Aset perkahwinan
  3. Kebajikan anak-anak
  4. Terma-terma pembubaran perkahwinan di bawah petisyen bersama
  5. Kemalangan kenderaan motor yang tidak melibatkan syarikat insurans
  6. Tuntutan pengguna
  7. Harta pusaka kecil

 

Pengantaraan Syariah

  1. Nafkah isteri
  2. Nafkah iddah
  3. Nafkah anak
  4. Tunggakan nafkah
  5. Ubah perintah nafkah
  6. Hak jagaan anak
  7. Mutaah
  8. Hibah
  9. Wasiat
  10. Hutang perkahwinan
  11. Gantirugi pertunangan
  12. Harta sepencarian