Umum

Jabatan Bantuan Guaman ialah satu agensi Kerajaan yang memberi khidmat bantuan guaman kepada mereka yang layak berpandukan Akta Bantuan Guaman 1971.
Bidang kuasa:
1. Perkara kekeluargaan Syariah
2. Perkara kekeluargaan sivil
3. Perkara sivil

   a. perkara berhubung akta penanam padi 1967

   b. harta pusaka kecil (pembahagian)
   c. kemalangan jalan raya
   d. pemberi pinjam wang
   e. sewa beli 
   f. penyewaan
   g. probet dan surat mentadbir pusaka
   h. pengangkatan
   i. tuntutan pengguna

4. Kes jenayah
   a. Mengaku salah kepada pertuduhan dan membuat rayuan untuk meringankan hukuman
   b. Kesalahan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001
   c. Kesalahan kecil

5. Nasihat guaman atas segala perkara

6. Pengantaraan bagi kes Syariah & sivil

7. Khidmat pendamping guaman