
Mesyuarat Pengurusan Skim Bantuan Guaman Syarie Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Lembaga Zakat Negeri (LZN) Tahun 2025
20 Januari 2025, Ibu Pejabat JBG telah mengadakan program Mesyuarat Pengurusan Skim Bantuan Guaman Syarie Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Lembaga Zakat Negeri (LZN) Tahun 2025 di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu, Terengganu. Mesyuarat ini telah diadakan bertujuan antara lain untuk menyelaras urusan pentadbiran dan pengurusan kes yang menerima bantuan dari MAIN dan LZN di JBG serta membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh cawangan JBG dalam menguruskan kes termasuk penyediaan laporan lejar kes. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Hj. Nassir bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) dan turut dihadiri oleh beberapa Pengarah Bahagian, Pengarah JBG Negeri dan Ketua Cawangan JBG. |
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |