
Lawatan Kerja Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman ke Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah
Selasa, 28 Januari 2025 Ybhg. Dato’ Norazmi Bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman telah melakukan lawatan kerja ke Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah. Lawatan ini disambut dengan penuh hormat oleh delegasi JBG Kedah yang diketuai oleh Tuan Mohd Zaki Bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah, pegawai-pegawai serta seluruh kakitangan jabatan. Dalam sesi pertemuan yang berlangsung, Dato’ Ketua Pengarah telah menyampaikan beberapa amanat penting berkaitan dengan pelaksanaan tugas dan cabaran yang dihadapi oleh jabatan ini. Beliau turut menekankan beberapa cabaran besar yang dijangka berlaku pada tahun 2025, terutamanya dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan, kecekapan operasi serta peningkatan perkhidmatan bantuan guaman kepada masyarakat. Delegasi JBG Kedah menyambut baik semua amanat yang diberikan dan menyatakan komitmen untuk terus bekerja keras dalam menghadapi cabaran mendatang serta berterima kasih di atas perhatian dan keprihatinan yang diberikan oleh Dato’ Ketua Pengarah dalam memahami situasi dan keperluan di peringkat negeri. Lawatan ini diakhiri dengan sesi dialog yang memberi peluang kepada semua pihak untuk berbincang secara terbuka mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi serta langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan demi meningkatkan perkhidmatan bantuan guaman di seluruh negeri Kedah. |
|
![]() |