jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Justice on Wheels (JOW) Sabah 2025

15 Februari 2025 (Sabtu), Siri jelajah “Justice on Wheels” (JOW) Sabah tahun 2025 oleh Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dirasmikan pelancarannya oleh YB Tuan M.Kulasegaran, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (UURI) pada hari ini di Dewan Terbuka Kampung Gas, Batu Sapi Sandakan Sabah.
Majlis ini dilancarkan dengan kehadiran YB Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Batu Sapi dan YBhg. Dato' Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Bantuan Guaman. Inisiatif JOW ini merupakan pendekatan Kerajaan MADANI untuk membawa perkhidmatan bantuan guaman terus kepada rakyat terutamanya yang berada jauh dari bandar atau di kawasan pedalaman.
Program ini telah dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 350 orang penduduk kampung dan melalui inisiatif ini, pegawai JBG telah mengadakan sesi penerangan khidmat yang ditawarkan JBG, slot literasi undang-undang dan pemberian khidmat nasihat undang-undang secara ‘mobile’ kepada orang awam. Inisiatif ini juga adalah satu komitmen jelas oleh Kerajaan Madani bagi memastikan tiada rakyat yang tertinggal dalam mendapatkan akses kepada keadilan. JBG Sabah mengucapkan terima kasih atas kerjasama Pejabat Timbalan Menteri (UURI), Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu Sapi dan semua pihak yang telah menjayakan program ini.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n