jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Kursus Kesedaran Keselamatan Pejabat dan Kepentingan Perlindungan Data serta Maklumat Pegawai

Pada 26 Mei 2025 (Isnin), Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Muar telah berjaya menganjurkan satu kursus dalaman bertajuk "Kursus Kesedaran Keselamatan Pejabat dan Kepentingan Perlindungan Data serta Maklumat Pegawai". Kursus ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Muar dan disertai oleh seramai 13 orang pegawai.

Tujuan utama kursus ini adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman para pegawai mengenai aspek keselamatan pejabat serta kepentingan melindungi data dan maklumat pegawai.

Jabatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah jemputan, Tuan Addy Husszairi bin Husin, Pengarah Jabatan Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Johor, atas kesudian beliau berkongsi ilmu dan pengalaman yang amat berharga.

Semoga penganjuran program seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap keselamatan dan integriti jabatan sentiasa berada pada tahap yang tertinggi.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n