jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Kursus Pembuktian Kukuhkan Kompetensi Pegawai JBG di Mahkamah Syariah

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Bahagian Litigasi dan Nasihat (Syariah), Jabatan Bantuan Guaman (JBG), telah menganjurkan **Kursus Pembuktian Semasa Perbicaraan Dalam Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah** selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Mei 2025 bertempat di Ibis Hotel KLCC.

Kursus ini menghimpunkan para Pegawai Syariah, Penolong Pegawai Syariah dan Penolong Pegawai Undang-undang dari seluruh cawangan JBG di Malaysia bagi memperkukuh kefahaman serta kemahiran mereka dalam mengendalikan proses pembuktian di Mahkamah Syariah.

Antara penceramah undangan yang telah berkongsi kepakaran dalam bidang ini ialah **Tuan Zulfikri bin Yasoa'**, Hakim Utama Mahkamah Tinggi Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS), dan **Tuan Mohd Hairuddin bin Ab Rahim**, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Klang, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS).

Turut hadir memeriahkan program ialah **Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz**, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah), yang bertindak sebagai Pengerusi kursus, serta **Puan Rosedalliyaty binti Daud**, Pengarah Bahagian Litigasi dan Nasihat (Syariah) merangkap Penyelaras Program.

Program ini diharap menjadi landasan penting dalam memperkukuhkan integriti dan profesionalisme pegawai JBG, sekaligus meningkatkan mutu penyampaian khidmat guaman Syariah di negara ini.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n