
Klinik Guaman dan Khidmat Nasihat Perundangan JBG Cawangan Sibu
17 Jun 2025, Klinik guaman dan khidmat nasihat perundangan telah diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Mukah, Sarawak. Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Sibu telah berjaya menganjurkan Program Klinik Guaman dan Khidmat Nasihat Perundangan kepada masyarakat setempat di Mukah. Program ini dikendalikan oleh Puan Percela Shazeila dan dibantu oleh Puan Nur Hafiza binti Ahba.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Mahkamah Rendah Syariah Mukah atas kerjasama dan sokongan padu yang diberikan dalam menjayakan program ini.
|
|
![]() |
![]() |