jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Muzakarah Pegawai Pengantara JBG 2025 Perkasa Kualiti Perkhidmatan Pengantaraan

MELAKA, 25 Jun 2025 – Muzakarah Pegawai Pengantara Jabatan Bantuan Guaman (JBG) telah berjaya diadakan pada 23 hingga 25 Jun 2025 bertempat di Hotel Bayview Melaka.

Muzakarah ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman, dan menghimpunkan kehadiran Pegawai-Pegawai Pengantara dari seluruh cawangan JBG di seluruh negara.  Penganjuran muzakarah ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu berbangkit dalam pelaksanaan sidang pengantaraan, di samping menjadi platform untuk bertukar pandangan dan memperkemas tatacara, proses serta gerak kerja pengantaraan agar lebih efisien, seragam dan proaktif.

Menerusi sesi perbincangan yang intensif, para pegawai turut berkongsi pengalaman lapangan serta mencadangkan penambahbaikan dari segi amalan terbaik dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Pihak JBG percaya bahawa muzakarah seperti ini mampu memberikan impak positif dalam memperkukuh lagi mutu perkhidmatan pengantaraan yang ditawarkan, selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan akses kepada keadilan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n