jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

JBG Perak Jayakan Program Literasi Undang-Undang di Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah

KAMPUNG GAJAH, 26 Jun 2025 – Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Perak telah mengadakan Program Literasi Undang-Undang bertempat di Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah (Sarjana), Kampung Gajah, Perak pada 25 Jun 2025 dari jam 3.00 petang hingga 5.30 petang.

Program yang dijalankan secara serentak ini merangkumi dua sesi utama:

Sesi bersama 25 orang guru, yang diberikan pengenalan mengenai fungsi dan peranan JBG serta taklimat khusus mengenai khidmat guaman Syariah yang ditawarkan oleh jabatan.

Taklimat kepada 450 orang pelajar dari Tingkatan 1 hingga pelajar STAM, bertajuk "Kesalahan Juvana (Jenayah & Seksual)", bertujuan memberi pendedahan awal mengenai isu perundangan yang melibatkan golongan remaja.

Program ini merupakan salah satu inisiatif JBG dalam memperluas kesedaran dan kefahaman undang-undang di kalangan masyarakat, khususnya dalam kalangan warga sekolah, sejajar dengan matlamat memperkasakan akses kepada keadilan melalui pendidikan dan pencegahan awal.

Pihak sekolah dan para peserta menyambut baik usaha ini dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan secara berkala demi manfaat komuniti setempat.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n