
Lawatan kerja YBhg. Dato. Ketua Pengarah dan YBrs. Tuan Timbalan Ketua Pengarah Syariah ke JBG Perak
8 Julai 2025, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi & YBrs. Tuan TKP Syariah Tuan Haji Nassir Bin Abdul Aziz telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke JBG Perak. Lawatan kerja rasmi ini adalah bagi melihat kerja-kerja penambaikan yang telah selesai di JBG Perak dan juga memberikan amanat kepada warga kerja JBG Perak. YBhg Dato Ketua Pengarah dan YBrs. Tuan TKP juga telah menyampaikan amanat serta kata-kata semangat kepada semua pegawai dan kakitangan JBG Perak. Satu pembentangan ringkas berhubung kerja-kerja penambahbaikan dan statistik yang telah disampaikan oleh Pengarah JBG Perak, Puan Hezlin Binti Haldi. JBG Perak juga sangat berterima kasih dan menghargai segala amanat, nasihat, teguran dan sokongan penuh daripada YBhg. Dato’ Ketua Pengarah dan YBrs. Tuan TKP bagi memantapkan JBG Perak. Seluruh warga JBG Perak ingin merakamkan ucapan TERIMA KASIH kepada YBhg. Dato KP dan YBrs. Tuan TKP kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke JBG Perak. |
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |