jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Mesyuarat Penyelarasan Program Kampung Angkat Madani 2025 Perkukuh Kerjasama JBG dan PDT Jempol

Jempol, 18 Julai 2025 – Satu sesi Mesyuarat Penyelarasan Program Kampung Angkat Madani (KAM) 2025 telah berjaya diadakan bertempat di Bilik Gerakan, Kompleks Pentadbiran Jempol dengan melibatkan kerjasama erat antara Jabatan Bantuan Guaman (JBG) sebagai agensi peneraju dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Jempol selaku agensi pelaksana.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Mustapha bin Nagoor, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Turut hadir mewakili JBG ialah YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi (Ketua Pengarah), YBrs. Puan Arleen binti Ramly (Timbalan Ketua Pengarah Sivil), Encik Mohd Ajmi bin Osman (Pengarah Bahagian Pengurusan), Puan Hanis Anisha binti Jamilluddin (Pengarah JBG Negeri Sembilan), serta beberapa orang pegawai.

Sementara itu, PDT Jempol diwakili oleh Encik Amino Agos bin Suyub (Pegawai Daerah Jempol), Puan Siti Aisyah binti Nordin (Ketua Penolong Pegawai Daerah), Encik Muhamad Zulfiqar bin Mustapa (Penolong Pegawai Daerah), bersama pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan Fizikal dan Masyarakat.

Antara intipati utama mesyuarat ialah perbincangan berkenaan skop pelaksanaan semasa Program KAM di Kampung Bukit Laka serta status terkini pelantikan kontraktor oleh PDT Jempol. Delegasi mesyuarat turut berkesempatan meninjau tapak cadangan projek bagi menilai keperluan dan potensi pembangunan secara langsung di lapangan.

Pihak JBG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PDT Jempol atas komitmen dan kesediaan untuk memainkan peranan penting sebagai agensi pelaksana dalam menjayakan agenda pembangunan komuniti melalui Program Kampung Angkat Madani ini.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n