jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Program "Justice on Wheels" 2025 Jayakan Usaha Perkukuh Akses kepada keadilan

KOTA KINABALU, 13 September 2025 (Sabtu) – Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Sabah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Pejabat Ahli Parlimen P.172 Kota Kinabalu telah menjayakan penganjuran Program Justice on Wheels (JoW) 2025 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Damai, Kota Kinabalu.

Program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak-hak perundangan, memperkukuh jaringan sokongan sosial dan menyalurkan bantuan guaman kepada golongan yang memerlukan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan M. Kula Segaran, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi). Turut hadir YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen P.172 Kota Kinabalu, YB Datuk Tan Lee Fatt, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah merangkap ADUN N.19 Likas, serta beberapa tetamu kehormat lain termasuk Ketua Pengarah JBG, Ketua Pengarah Sektor Perancangan dan Pembangunan DBKK, dan Presiden Sabah Law Society.

Program ini melibatkan penyertaan 22 pegawai dan kakitangan JBG Negeri Sabah yang diketuai oleh Puan Herlina binti Muse, Pengarah JBG Negeri Sabah. Antara pengisian utama ialah Taklimat Perkhidmatan JBG yang disampaikan oleh Tuan Tg. Mohd Nasir bin Tuan Mat, Pegawai Syariah JBG Negeri Sabah, yang memberi pendedahan mengenai peranan serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh jabatan tersebut.

Sepanjang program, orang ramai berpeluang mendapatkan khidmat nasihat guaman percuma serta mengunjungi reruai pameran yang mengetengahkan pelbagai maklumat berkaitan kes kekeluargaan sivil dan syariah, kes sivil, kes jenayah, dan perkhidmatan pendamping guaman.

JBG Negeri Sabah merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerjasama menjayakan program ini dan berharap inisiatif seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memperluaskan kesedaran undang-undang dalam kalangan masyarakat.

Selaras dengan cogan kata JBG, “Yang Jauh Didekati, Yang Sulit Disantuni,” program ini menjadi manifestasi komitmen jabatan untuk memastikan akses kepada keadilan adalah hak semua pihak.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n