jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Kursus Kepeguaman Siri 2 : Penyediaan kertas kausa bagi kes sivil

CERATING, 17 – 19 September 2025, Jabatan Bantuan Guaman (JBG) telah menganjurkan Kursus Kepeguaman Siri 2: Penyediaan Kertas Kausa Bagi Kes Sivil yang berlangsung dari 17 hingga 19 September 2025 bertempat di Royale Chulan Cerating Villa & Chalet.

Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pegawai JBG dalam penyediaan kertas kausa bagi kes-kes sivil. Latihan intensif ini memberi pendedahan mendalam mengenai teknik penyediaan dokumen mahkamah yang tepat, kemas dan mematuhi kehendak perundangan semasa.

Melalui kursus ini, para peserta berpeluang mendalami aspek teknikal, perundangan dan prosedural yang penting bagi memastikan penyediaan dokumen mahkamah dilakukan secara profesional, seterusnya meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan bantuan guaman kepada masyarakat.

Penganjuran kursus ini sejajar dengan usaha JBG untuk memperkukuh kapasiti pegawai serta memastikan mutu penyampaian perkhidmatan guaman sentiasa berada pada tahap yang tinggi.

552248611 1251284470378492 7828384414910167086 n