jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Klinik Guaman Penjara Pokok Sena: Harapan di sebalik tirai besi

Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Kedah telah menganjurkan Klinik Guaman Penjara bertempat di Penjara Pokok Sena pada 23 September 2025. Program ini dikendalikan oleh Tuan Mohd Zaki bin Abd Rahman, Pengarah JBG Negeri Kedah dengan sokongan pegawai-pegawai iaitu Encik Yusman bin Abd Rasjid, Puan Nur Syamimi binti Salim dan dibantu oleh Muhammad Zamirul Asyraaf bin Roslin.

Sebelum sesi klinik dimulakan, Tuan Pengarah telah menyampaikan taklimat ringkas kepada para tahanan sebagai pengenalan kepada tujuan serta manfaat penganjuran program ini. Klinik guaman ini memberi tumpuan kepada tahanan reman pelbagai kesalahan dengan objektif utama memberi pendedahan mengenai hak-hak guaman serta panduan dalam mengemukakan rayuan untuk meringankan hukuman.

Sebagai pengisian rohani dan motivasi, Encik Yusman bin Abd Rasjid turut menyampaikan sesi tazkirah, memberi dorongan kepada para tahanan agar mengambil iktibar daripada pengalaman mereka dan berusaha memperbaiki diri.

JBG Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pengurusan Penjara Pokok Sena atas kerjasama dan sokongan padu yang membolehkan program ini dilaksanakan dengan lancar.

551015229 1253175526856053 6192220160150220696 n