jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Program Justice on Wheels bersama masyarakat orang asli di Sungai Siput

SUNGAI SIPUT (U), 25 September 2025 – Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Perak telah menganjurkan Program Justice on Wheels (JOW) bersama masyarakat Orang Asli bertempat di One Stop Orang Asli, Kampung Bawong, Sungai Siput (U).

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat setempat mengenai peranan JBG serta memberi pendedahan berkaitan hak dan akses terhadap perkhidmatan guaman.

Taklimat mengenai peranan JBG serta pengendalian kes-kes sivil telah disampaikan oleh Pengarah JBG Perak, Puan Hezlin binti Haldi. Sementara itu, Puan Norhamiza binti Ghazali pula menyampaikan taklimat berkaitan pengendalian kes-kes syariah.

Program seumpama ini diharap dapat memperkukuh kefahaman masyarakat Orang Asli terhadap aspek perundangan serta memberi keyakinan kepada mereka untuk mendapatkan khidmat guaman apabila diperlukan.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n  
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n  
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n  
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n