A- A A+

Pekerja Contoh April 2018

1) Pegawai Pengurusan dan Profesional

choo

Nama  Choo Hueay Ting
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Pulau Pinang
Jawatan / Gred : Pegawai Undang-Undang Gred L44

Pencapaian

: Pegawai sentiasa menunjukkan komitmen dan kerjasama yang sangat tinggi supaya sasaran kerja dicapai. 
    Beliau telah mengendalikan dan memberikan 67 khidmat nasihat bagi kes sivil dan jenayah, menghadiri 134 prosiding kes perbicaraan pengurusan, dan menyediakan 40 pliding berkaitan kes sivil atau jenayah dalam sarasan kerja bagi bulan April 2018. Selain itu, pegawai juga telah menyelesaikan 11 kes sivil Tahun 2016 dan 126 kes Sivil Tahun 2017 setakat April 2018. Selain itu, beliau seorang yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan jabatan seperti melibatkan diri dalam aktiviti mempromosi JBG melalui program Roadshow,10,000 Smiles Yoga and Charity Bazaar serta Klinik Bantuan Guaman. Pencalonan pegawai sebagai pekerja contoh boleh memberi inspirasi dan perangsang kepada pegawai dan kakitangan lain untuk dicontohi.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2) Pegawai Sokongan

saiful

Nama  Mohd Saiful Neezam Bin Othman
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Pahang
Jawatan / Gred : Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L32

Pencapaian

: Pegawai ini telah berjaya mencapai sasaran kerja sepertimana yang telah ditetapkan dengan lebih awal kerana sikap dedikasi dan disiplin diri.
    Beliau berjaya memberi khidmat nasihat yang meliputi semua kes sebanyak 19 kes, menyelesaikan 5 fail kes dengan perintah sebelum dihantar kepada pihak-pihak berkenaan dan menyelesaikan 3 kes syariah bagi Bulan April Tahun 2018. Seorang yang aktif di dalam sukan sehingga mewakili Negeri pahang dan sentiasa bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Sifat keperibadian beliau yang positif dalam urusan kerja dan kemasyarakatan menjadikan beliau disegani dan perlu dicontohi oleh pegawai dan kakitangan lain.
 

Tags: Pekerja Contoh Bulanan