Pekerja Contoh Mei 2018

1) Pegawai Pengurusan dan Profesional

Picture1

Nama  Asfanizan binti Abdul Razak
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Ibu Pejabat
Jawatan / Gred : Penolong Pegawai Tadbir Kanan Gred N32

Pencapaian

: Pegawai ini merupakan seorang yang sentiasa menunjukkan komitmen dan kerjasama yang sangat tinggi dalam melancarkan urusan kerja hakiki di Ibu Pejabat JBG serta lain-lain
    perkara yang melibatkan pentadbiran tanpa mengira waktu. Mempunyai perwatakan ceria dan positif serta sentiasa disenangi oleh pegawai dan kakitangan jabatan. Beliau telah Memperakukan sebanyak 300 baucar kewangan dan telah berjaya menyiapkan sebanyak lima (5) laporan kewangan pada bulan Mei 2018. Beliau sentiasa memastikan KPI unit kewangan sentiasa dipatuhi dan dicapai setiap bulan.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2) Pegawai Sokongan

Picture2

Nama  Nor Faliza binti Abdul Rashid
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Pahang
Jawatan / Gred : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)Gred N19

Pencapaian

: Pegawai ini telah berjaya menyiapkan permohonan untuk difailkan ke mahkamah sebanyak 14 fail bagi bulan Mei 2018. Selain itu, pencapaian dalam bidang tugas beliau berdasarkan
    hanya baru 5 bulan di Unit Syariah, sebanyak 68 fail kes telah didaftarkan ke Mahkamah dengan fail kes yang telah disediakan dengan lengkap dan teratur sehingga bulan Mei 2018. Walaupun Pegawai berkenaan sebelum ini bertugas di Unit Pentadbiran selama 8 tahun tidak mengahalang beliau untuk terus memberikan kerja dan pencapaian yang membanggakan. Di atas pencapaian beliau di Unit Pentadbiran yang membanggakan maka di atas kepercayaan dan kebolehannya beliau diberikan untuk membuat kes-kes Syariah. Beliau berjaya menyediakan dengan lengkap fail-fail kes selesai untuk ditutup sebanyak 46 fail kes. Beliau juga merupakan seorang Pembantu Tadbir (P/O) yang sentiasa menunjukkan komitmen kerja yang tinggi dan amat teliti di dalam urusan kerja.
 

Tags: Pekerja Contoh Bulanan