Pekerja Contoh Jun 2019

 

1)

sahidan

Nama  Sahidan bin Hanapiah
Bahagian / Cawangan : Bahagian Litigasi dan Nasihat Syariah Ibu Pejabat JBG
Jawatan / Gred : Pembantu Syariah / LS19

Pencapaian

:

Beliau merupakan seorang pegawai yang sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dan amat teliti di dalam urusan kerja. Beliau sentiasa memastikan penyediaan laporan bagi statistik bulanan dan pendaftaran fail kes dibuat dalam tempoh kurang 2 hari mengikut KPI yang telah ditetapkan. Beliau juga aktif dan diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Biro Agama dalam Kelab Sukan Dan Kebajikan BHEUU, Pembaca Doa di BHEUU dan AJK Sukan Kelab Kebara JBG

     

 

2)

maimun

Nama  Maimun binti Mat Jan
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Taiping
Jawatan / Gred : Pembantu Tadbir P/O N19

Pencapaian

:

Beliau merupakan seorang yang berdedikasi dan sentiasa menghulurkan bantuan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan dan rakan sekerja. Sebagai seorang yang sentiasa menepati masa, beliau sentiasa memastikan semua laporan yang dipertanggungjawabkan direkodkan dan dilaksanakan mengikut KPI yang ditetapkan. Beliau juga aktif dan telah diberi kepercayaan sebagai Setiausaha Jawantankuasa Penyelaras Penyenggaraan Bangunan Persekutuan Taiping dan Setiausaha Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Persekutuan Taiping. Antara program yang dilaksanakan adalah Program Keselamatan dan Isu-Isu semasa serta Program Rantaian Intergriti bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Majlis Perbandaran Taiping.

     

 

Tags: Pekerja Contoh Bulanan