Litigasi
Litigasi Syariah
1. Memberikan khidmat nasihat :
- Memberi nasihat dalam kes-kes syariah yang dikendalikan di Ibu Pejabat
- Memberi nasihat undang-undang secara lisan kepada mana-mana pemohon mengenai undang-undang di Malaysia.
- Menyemak statistik dan laporan kes Nasihat Syariah di Ibu Pejabat dan cawangan untuk dihantar ke Unit ICT dan mesyuarat pengurusan
- Merangka, menyelia dan melaksanakan program-program kursus, latihan, bengkel dan sebagainya untuk pelbagai peringkat pegawai dan kakitangan cawangan Jabatan Bantuan Guaman yang berhubung kait dengan litigasi dan nasihat.
2. Mewakili anak guam di Mahkamah
- Menemu duga pemohon bantuan guaman bagi menentukan merit kes dan tahap kemampuan kewangan pemohon.
- Menemu duga pemohon yang layak diberi bantuan guaman (klien) bagi tujuan mendraf pliding-pliding yang releven.
-
Menyediakan pliding-pliding dan dokumen-dokumen sokongan bagi tujuan litigasi di mahkamah; dan
-
Mewakili anak guam di mahkamah.
-
Membantu pengurusan kes –kes rayuan yang akan dikendalikan oleh TKP (Syariah
-
Menyemak statistik dan laporan kes Litigasi Syariah di Ibu Pejabat dan cawangan untuk dihantar ke Unit ICT dan Mesyuarat Pengurusa
-
Menjalankan kerja penyelidikan mengenai kes-kes Litigasi dan Nasihat Syaria
-
Memastikan keseragaman tindakan serta prosedur Litigasi dan Nasihat Syariah yang diamalkan di Cawangan-Cawangan.
Litigasi Sivil
Perihalan Prosiding Sivil
- Prosiding di bawah Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Nafkah) 1950 [Akta 263].
- Prosiding di bawah Ordinan Nafkah 1959 (Sabah No. 7 tahun 1959).
- Prosiding di bawah Ordinan Perkahwinan Adat Bumiputera Sarawak (Nafkah) 2003 [Bab 55].
- Prosiding di bawah Akta Perintah Nafkah (Kemudahan bagi Penguatkuasaan) 1949 [Akta 34] untuk perintah sementara.
- Prosiding di bawah Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Penguatkuasaan Nafkah) 1968 [Akta 356].
- Hak dan tanggungan mengenai prosiding perceraian dan jagaan.
- Hak dan tanggungan di bawah Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257].
- Hak dan tanggungan di bawah Ordinan Pengangkatan 1960 (Sabah No.23 tahun 1960).
- Prosiding di bawah Ordinan Pengangkatan Sarawak (Bab 91).
- Hak dan tanggungan di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98].
- Permohonan Probet dan Surat Mentadbir Pusaka.
- Hak dan tanggungan di bawah Ordinan Probet dan Pentadbiran 1947 Sabah (Bab 109).
- Hak dan tanggungan di bawah Ordinan Pentadbiran Harta Pusaka Sarawak (Bab 80).
- Hak dan tanggungan di bawah Akta Penanam Padi (Mengawal Sewa dan Menjamin Pemegangan) 1967 [Akta 528].
- Hak dan tanggungan mengenai tindakan sivil bagi ganti rugi yang berbangkit daripada kemalangan yang melibatkan kenderaan bermotor yang termasuk dalam pengertian Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].
- Hak dan tanggungan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400].
- Hak dan tanggungan mengenai prosiding yang berhubungan dengan penyewaan.
- Hak dan tanggungan di bawah Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212].
- Tuntutan pengguna.
Litigasi Jenayah
- Semua prosiding jenayah yang dalamnya tertuduh yang tidak diwakili oleh peguam mengaku salah kepada pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan dan ingin membuat rayuan untuk meringankan hukuman berkenaan dengannya.
- Prosiding jenayah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611].
- Prosiding jenayah di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336].