
21 November 2024 (Khamis)- Kunjungan Hormat Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Miri telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri. Kunjungan ini diketuai oleh Penolong Pengarah JBG Cawangan Miri, Tuan Muhammad Firman bin Mohd Siril Asror, Pembantu Syariah Encik Muhammad Ridhzuan bin Mohd Salehin dan Encik Ahmad Shadiqin bin Ali Rahman. Tujuan program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan antara Jabatan Bantuan Guaman dengan PDRM serta memberi penerangan mengenai khidmat Pendamping Guaman. | |
![]() |
![]() |
21 November 2024 (Khamis) - Kunjungan hormat YA Dato’ Yang dipertua Mahkamah Perusahaan Malaysia, Dato’ Wan Jeffry bin Kassim ke Ibu Pejabat Jabatan Bantuan Guaman | |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
21 November 2024, Khamis, Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah telah mengadakan Klinik Guaman bersama tahanan reman yang bertempat di Penjara Alor Setar, Kedah. Program ini telah dihadiri oleh Tuan Mohd Zaki Bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah dan Encik Yusman Bin Abdul Rasjid, Penolong Pegawai Undang-Undang Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Penjara Alor Setar dan diharapkan koloborasi ini dapat terus diperkasakan. | |
![]() |
|
20 November 2024 (Rabu) - Kunjungan Hormat Jabatan Guaman Cawangan Miri ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu. Kunjungan ini diketuai oleh Penolong Pengarah JBG Cawangan Miri, Tuan Muhammad Firman Bin Mohd Siril Asror ,Pembantu Tadbir Undang-Undang Cik Shyra Anak Tujoh dan Encik Mohamad Syukry Bin Mohamad Usop. Tujuan program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan antara Jabatan dan penerangan mengenai khidmat Pendamping Guaman. | |
![]() |
![]() |
19 November 2024 (Selasa) - Kunjungan Hormat Jabatan Bantuan Guaman ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada hari ini dengan diketuai oleh Ketua Pengarah JBG, Dato Norazmi bin Mohd Narawi bersama pegawai-pegawai JBG dari Ibu Pejabat dan JBG Pulau Pinang. Delegasi JBG telah disambut oleh Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Y.A.A Tuan Zaim bin Md Yudin. Delegasi JBG telah diberi taklimat berkaitan Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang. Pertemuan mahabbbah ini juga membincangkan beberapa perkara bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan bantuan guaman terutamanya yang melibatkan pengendalian kes-kes syariah dan juga program klinik guaman JBG. Pertemuan ini merupakan satu usaha memperkukuhkan hubungan dan kerjasama yang telah lama terjalin.Semoga jalinan yang disemai terus kukuh dan berkekalan untuk manfaat rakyat yang memerlukan khidmat undang-undang. | |
![]() |
![]() |
- Salam persaraan dari perkhidmatan awam dan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan YBhg Tan Sri Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan
- Kunjungan Hormat Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dengan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato' Dr Mohamad bin Abdul Hamid
- Program Jelajah Literasi Undang-Undang SMK Jabi, Pokok Sena, Kedah
- Jelajah Literasi Undang-Undang