jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

MAJLIS MENANDATANGANI NOTA PERSEFAHAMAN DAN PELANCARAN PROGRAM SKIM BANTUAN GUAMAN ASNAF KERJASAMA JABATAN BANTUAN GUAMAN DENGAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Alor Setar, 21 Februari 2024 :- Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini telah mengadakan Majlis Menandatangani Nota Persefahaman dan Pelancaran Program Skim Bantuan Guaman Asnaf di Menara Zakat, Alor Setar di sini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Malaysia, Dato’ Norazmi Mohd Narawi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi LZNK, Dr. Haji Mohd Faisal Haji Mustafa. Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) menjalinkan kerjasama ini khusus bagi membantu golongan asnaf miskin berkaitan dengan kes-kes perbicaraan di Mahkamah Syariah mulai daripada bulan Mac 2021. LZNK telah menyalurkan agihan zakat kepada Akaun Amanah Bantuan Guaman JBG sebanyak RM 20,000.00 bermula tahun 2021 untuk digunakan bagi membantu golongan asnaf fakir dan miskin yang tidak mampu membayar kos pengurusan kes di bawah JBG.
Sehingga tahun 2024, LZNK telah menyalurkan sebanyak RM 60,000.00 kepada JBG bagi tempoh 3 tahun berturut-turut. Berdasarkan laporan Bantuan Guaman Syarie JBG-LZNK, sehingga kini sebanyak 64 kes melibatkan golongan berjaya dibantu melalui program kerjasama ini. Antara kes-kes yang telah dikendalikan melibatkan Kes Fasakh, Taklik, Hak Penjagaan anak dan Mutaah. Hadir sama dalam majlis tersebut Timbalan Ketua Pengarah (Syariah), Za’im Md Yudin, Pengarah Bahagian Litigasi dan Nasihat (Syariah), Rosedalliyaty Daud, Pengarah Bahagian Pengantaraan (Syariah), Siti Salwa Mohd Nor @ Ghazali, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Kedah, Mohd Zaki Abd Rahman dan Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Perlis, Mohd Alif Farhan Hassan.

1aaa 4rfds
3eds 6ffd

Hari Bertemu Pelanggan Wisma Persekutuan Taiping

29 Februari 2024 (Khamis) - Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Taiping telah menyertai Program Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Wisma Persekutuan Taiping anjuran bersama Jabatan Penerangan Larut Matang & Selama dan Kelab Sukan & Kebajikan Wisma Persekutuan Taiping (KESUMA) yang bertempat di Dataran Wisma Persekutuan Taiping. JBG Cawangan Taiping telah membuka reruai pameran dan kaunter untuk sebarang pertanyaan mengenai undang-undang. Pihak JBG Cawangan Taiping mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan kerjasama yang diberikan serta terima kasih juga kepada pelanggan-pelanggan yang telah hadir.

392876128 826024042904539 9180659012078663874 n 429484935 826023792904564 2050257859584372854 n
429557661 826023646237912 5441145371597336296 n 429578012 826023976237879 3162674075115001090 n

Semarak Skuad Waja Negeri Sarawak

17 Februari 2024, Jabatan Bantuan Guaman Sarawak telah dijemput untuk menyertai Program Semarak Skuad Waja Negeri Sarawak Tahun 2024 oleh Jabatan Pembangunan Wanita , Kementerian Pembangunan Wanita & Masyarakat di Hotel Grand Continental, Kuching Sarawak. Program tersebut dirasmikan oleh YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

428462825 819864860187124 4349799627011718074 n 428468022 819864780187132 6071206731783103691 n
428452240 819864813520462 6216525129048774321 n

Forum Perdana Israk Mikraj

9 Februari 2024, Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBG WPKL) telah dijemput untuk menjadi moderator forum yang dianjurkan oleh Bahagian Sokongan Keluarga Seksyen Wilayah Persekutuan, Unit Adab dan Nilai Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Seksyen Sulh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan secara bersama Seminar Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam 2024 di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Antara pengisian program ini adalah forum Perdana Israk Mikraj Keluarga Sakinah yang mengetengahkan tema Keluarga Sakinah Menjamin Keutuhan Institusi Kekeluargaan dengan dibarisi oleh panelis yang berkepakaran antaranya Tuan Azharizal bin Arshad, Pegawai Sulh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Tuan Mohd Zamri bin Abdul Hazis, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sokongan Keluarga Seksyen Wilayah Persekutuan dan moderator forum pula Puan Anith Nadirah binti Abu Bakar, Penolong Pengarah (Syariah) di JBG WPKL.
JBG WPKL juga telah membuka reruai pameran dan pertanyaan yang secara langsung menerangkan fungsi dan peranan JBG WPKL kepada para pengunjung yang terdiri daripada para guru dan kakitangan pentadbiran sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

426514833 816760140497596 3707360841791129443 n 426395897 816812893825654 4623574341009898983 n
427755618 816812853825658 5024614793635959550 n 426416992 816812837158993 3502526563723038090 n

Mesyuarat Pengurusan Skim Bantuan Guaman Syarie

13-15 Februari - JBG telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Skim Bantuan Guaman Syarie Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Lembaga Zakat Negeri (LZN) Siri 1 Tahun 2024  di Grand Riverview Hotel, Kota Bharu, Kelantan.
Mesyuarat ini juga telah dipengerusikan oleh Tuan Zaim bin Md Yudin, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) dan dihadiri oleh beberapa Pengarah Bahagian, Pengarah JBG Negeri dan Ketua Cawangan JBG.

 

426537495 817403183766625 2036991947328336702 n 426545529 817403193766624 8894376007855477604 n
426563262 817403227099954 3762010581345990798 n 427866656 817403230433287 989381077122429077 n

Subcategories