jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Kursus Kesedaran Keselamatan Pejabat dan Kepentingan Menjaga Data serta Maklumat Pegawai

Isnin, 30 September 2024, Pegawai dan kakitangan Jabatan Bantuan Negeri Johor telah menghadiri kursus Kesedaran Keselamatan Pejabat dan Kepentingan Menjaga Data serta Maklumat Pegawai. Kursus ini dikendalikan oleh Kapten (B) Addy Husszairi bin Husin, Pengarah Keselamatan Kerajaan dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Negeri Johor. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai aspek keselamatan pejabat serta kepentingan melindungi data dan maklumat sensitif dalam kalangan pegawai kerajaan.

461692064 972833788223563 3657265373941085975 n 461849467 972811394892469 962900471205430402 n
461746651 972801561560119 4327498144584047214 n 461790671 972801584893450 458683540939671590 n

Perbincangan Kaedah Permohonan Sumbangan Dana Kerjasama Strategik JBG-MAIDAM

Isnin, 23 September 2024 – Perbincangan lanjut bagi pemberian sumbangan dana dan kerjasama strategik antara JBG dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat MAIDAM, Kuala Terengganu. Perbincangan ini diadakan rentetan daripada kelulusan bantuan guaman kes-kes Mahkamah Syariah bagi golongan asnaf oleh pihak MAIDAM. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Nazli Amiri bin Ngah, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat). Pihak JBG telah diwakili oleh Puan Rosedalliyaty binti Daud, Pengarah Bahagian Litigasi dan Khidmat Nasihat (Syariah) serta beberapa orang pegawai dari JBG Ibu Pejabat dan JBG Terengganu. Antara objektif perbincangan ini diadakan adalah bagi membincangkan kaedah permohonan dan pelaksanaan serta kaedah tuntutan bayaran. Pihak JBG amat berbesar hati berkolaborasi dengan pihak MAIDAM agar lebih ramai golongan asnaf yang berkelayakan di negeri Terengganu dapat diberikan bantuan guaman yang sewajarnya. Semoga perbincangan pada hari ini akan dapat memberi impak yang positif bagi usaha penambahbaikan perkhidmatan dan mendapat kebaikan dalam meningkatkan lagi kerjasama dan hubungan antara kedua-dua agensi pada masa hadapan.

WhatsApp Image 2024 09 24 at 16.52.29 (1) WhatsApp Image 2024 09 24 at 16.52.56
WhatsApp Image 2024 09 24 at 16.54.28 WhatsApp Image 2024 09 24 at 16.54.29
 

Program Hibrid Literasi Undang-Undang Pengakuan Salah & Klinik Guaman Penjara di Pusat Koreksional Perlis.

Khamis, 19 September 2024 - Program Hibrid Literasi Undang-Undang Pengakuan Salah & Klinik Guaman Penjara di Pusat Koreksional Perlis. Seramai 45 tahanan menyertai program pada kali ini. Program ini merupakan program kerjasama strategi yang diadakan secara berkala antara JBG Perlis dan Pusat Koreksional Perlis. Khidmat nasihat kepada tahanan yang ingin membuat mitigasi pengakuan salah diketuai oleh Pengarah JBG Perlis Tuan Mohd Alif Farhan bin Hassan dan turut dibantu oleh En. Rosli bin Abdul Hamid, En. Mohamad Razif bin Ariffin dan En. Nur Muhammad Tarif bin Mat Shah.

461247605 968040485369560 4376640006958747118 n 461282279 968040772036198 8015000245519123808 n
461290006 968040648702877 6290075143581206689 n 461363362 968040845369524 350150711545989485 n
 

Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman ke JBG Kelantan

Selasa, 17 September 2024 YBhg Dato' Norazmi Bin Mohd Narawi telah mengadakan lawatan Kerja Rasmi Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman ke JBG Kelantan sungguh bermakna buat seluruh warga JBG Kelantan. Suasana hiba juga turut menyelubungi seluruh warga JBG Kelantan yang masih bersedih kerana baru sahaja kehilangan seorang Pegawai Undang-Undang iaitu Puan Wan Nurul Hanini Binti Wan Ahmad Shukry pada 16 September 2024 (Isnin) Majlis Pertemuan bersama warga JBG Kelantan telah dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat kepada arwah sebagai tanda memperingati dan mengenang jasa-jasa arwah sepanjang tempoh perkhidmatan arwah di JBG Kelantan. Lawatan kerja rasmi yang singkat ini banyak perkara yang telah disampaikan kepada seluruh warga JBG Kelantan untuk penambahbaikan perkhidamatan JBG Kelantan untuk memantapkan operasi JBG Kelantan agar rakyat diseluruh negeri Kelantan mendapat manfaat sebaiknya melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Bantuan Guaman.

460390726 962783472561928 9099696302347365315 n 460396940 962783469228595 5731205385054676136 n
460454561 962783392561936 547776053114541861 n 460517005 962783385895270 9161885185182063530 n
 

Majlis Perasmian Kempen Jiwa Merdeka

Selasa, 10 September 2024 Majlis Perasmian Kempen Jiwa Merdeka, Justice On Wheels telah berjaya diadakan di Dewan Dato' Sharifah Azizah, Taman Ilham, Kluang, Johor. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Azalina binti Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), dan diiringi oleh Dato' Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Tuan Haji Abd Mutalib bin Abd Rahim, ADUN Layang-Layang, YB Tuan Chew Chong Sin, ADUN Mengkibol, dan Puan Jamilah binti Addi, Pengerusi Persatuan Kebajikan Amal Ikatan Kasih, Kluang, Johor. Majlis dimulakan dengan sesi Literasi Undang-Undang yang bertajuk "Kenali Jabatan Bantuan Guaman", yang telah disampaikan oleh penceramah, Tuan Mohamad Norshahizam bin Norizan, Pegawai Syariah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Johor. Sesi ini memberi pencerahan kepada hadirin mengenai peranan dan fungsi Jabatan Bantuan Guaman dalam membantu masyarakat mendapatkan akses kepada keadilan. Acara ini diserikan lagi dengan kibaran bendera, diiringi oleh alunan lagu Jalur Gemilang, dan juga penyerahan Jalur Gemilang kepada pemandu khas Van Bergerak JBG. Sebagai tanda perasmian kempen Jiwa Merdeka: Justice On Wheels, YB Dato' Sri Azalina binti Othman Said simbolik penampalan pelekat MALAYSIA MADANI pada Van Bergerak JBG. Sepanjang majlis berlangsung, sesi khidmat nasihat perundangan secara percuma juga dijalankan oleh pegawai-pegawai Jabatan Bantuan Guaman Negeri Johor turut disediakan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Peluang ini memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat dalam mendapatkan panduan serta pemahaman lebih lanjut mengenai isu-isu perundangan. Terima kasih diucapkan kepada warga Kluang serta semua hadirin yang hadir kerana memberikan sokongan penuh dalam menjayakan Kempen Jiwa Merdeka: Justice On Wheels. Kehadiran dan semangat anda semua amat dihargai, dan kami berharap kerjasama serta sokongan ini akan terus berlanjutan bagi memastikan kempen ini mencapai matlamatnya.

458918786 958439669662975 6939135157955225764 n 459414950 958438942996381 7307775272125547168 n
459492019 958438679663074 4862634980718275373 n 459492030 958438736329735 36158635913081850 n
459340471 958436852996590 5658687766469960240 n

Subcategories