
24 Oktober 2024, Ahad Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Pahang dengan kerjasama Pengurusan Felda Kota Gelanggi 02,Jerantut telah mengadakan program klinik bantuan guaman bergerak atau dikenali dengan nama ‘JUSTICE ON WHEEL’ di Felda Kota Gelanggi 02,Jerantut,Pahang. Objektif program tersebut adalah untuk mendekati masyarakat setempat dalam usaha JBG menyampaikan maklumat berkaitan khidmat yang ditawarkan oleh JBG dari segi khidmat nasihat dan juga bantuan guaman kepada golongan yang berkelayakan selaras dengan Akta Bantuan Guaman 1971. Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk peneroka, ketua kampung, suri rumah dan juga kakitangan Felda dan orang awam. Program dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan peranan dan fungsi JBG yang disampaikan oleh Pegawai Syariah JBG Pahang Puan Safawati binti Ahmad Rohani dan kemudiannya diteruskan dengan sesi khidmat nasihat secara bersemuka bersama penduduk Felda yang berhasrat untuk mendapatkan bantuan guaman JBG. Sekalung penghargaan buat penduduk Felda Kota Gelanggi 02, Jerantut atas segala kerjasama dan juga komitmen dalam menjayakan program ini. | |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
20 Oktober 2024 (Ahad), ceramah bersemuka mengenai Gangguan Seksual di Tempat Kerja telah diadakan di Dewan Saujana, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, Johor. Ceramah ini disampaikan oleh Tuan Khir Nizam bin Jemari, Penolong Pengarah Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Muar. Program ini disertai oleh 80 orang peserta yang terdiri daripada pegawai perubatan dan kakitangan HPSF. Kami berharap melalui ceramah ini ianya dapat memberi ilmu serta panduan dalam menangani isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) khususnya berkaitan gangguan seksual di tempat kerja serta memberi manfaat kepada peserta yang hadir. Terima kasih kepada semua yang telah turut serta dan menjayakan program ini. Nantikan lebih banyak program bermanfaat akan datang dari JBG Muar. | |
![]() |
![]() |
Isnin, 14 Oktober 2024 – Kursus Pensijilan Pengantaraan Jabatan Bantuan Guaman tahun 2024 di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Ucapan pembukaan kursus ini telah diadakan dengan kehadiran Ketua Pengarah JBG, YBhg Dato Norazmi bin Mohd Narawi. Kursus Pensijilan Pengantaraan Jabatan Bantuan Guaman tahun 2024 merupakan program yang julung kali diadakan bersama pihak USIM. Kursus ini dihadiri seramai 30 peserta dari pihak JBG . | |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Rabu, 9 Oktober 2024 - JBG Cawangan Muar berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada YBhg. Dato' Ketua Pengarah. Lawatan ini telah berlangsung dengan jayanya. YBhg. Dato' Ketua Pengarah berkesempatan melihat perkhidmatan serta persekitaran kerja pejabat JBG Muar dan mengadakan sesi ramah mesra bersama warga JBG Muar. Terima kasih kepada YBhg. Dato' Ketua Pengarah atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan. Semoga hubungan silaturrahim antara kepimpinan dan warga kerja JBG terus kukuh, dan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat terus dipertingkatkan. | |
![]() |
![]() |
Ahad, 6 Oktober 2024, Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Perak. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri. | |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |