jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Jabatan Bantuan Guaman nafi tiada taring

 
nafi tiada taring 3jun2024  

Kunjungan hormat JBG kepada YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang

 
5 Julai 2024 (Jumaat) - Kunjungan hormat JBG kepada YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 5 Julai 2024 di pejabat Ketua Menteri di Komtar, negeri Pulau Pinang. Delegasi dari JBG telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi Ketua Pengarah JBG dan turut diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah Sivil JBG, Timbalan Ketua Pengarah Syariah JBG dan pegawai-pegawai kanan JBG dari ibu pejabat, JBG Negeri Pulau Pinang dan JBG Negeri Kedah. Tujuan kunjungan hormat ini diadakan ialah untuk memaklumkan program Taklimat Pengenalan JBG kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang bagi memperkenalkan JBG dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JBG kepada rakyat yang memerlukan dan berkelayakan.
449818139 910561831117426 3226363602148916537 n 449831328 910561821117427 5592926940108964838 n
449833528 910561897784086 8746185291478167568 n

Program Literasi Undang-Undang (Khidmat Pendamping Guaman)

4 Julai 2024 (Khamis) - JBG Terengganu telah menjayakan Program Literasi Undang-Undang (Khidmat Pendamping Guaman) bertajuk Gangguan Seksual Di Kalangan Pelajar & Undang- Undang Berkaitan Kesalahan Jenayah Seksual bersama 200 orang Kaunselor Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) di Dewan lbnu Sina Kolej Universiti TATI ( TATIUC) Kijal, Kemaman. Pembukaan Klinik Guaman JBG Terengganu juga turut dibuat bagi memberikan khidmat nasihat undang-undang berkaitan di kalangan warga pendidik. Ribuan Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak JPNT kerana terus berkolaborasi bersama JBG Terengganu untuk memperkasakan kesedaran undang- undang di kalangan warga Pendidik dan Pengurusan JPNT.
449834368 909839084523034 144553459479379004 n 449755686 909839134523029 3180981372446709304 n
449830281 909839191189690 4908357872331391484 n 449839781 909839271189682 3119214778400704260 n

Mesyuarat Penyelarasan Penyaluran Dana Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Jabatan Bantuan Guaman (JBG)

3 Julai 2024 (Rabu) - Mesyuarat Penyelarasan Penyaluran Dana Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat Utama JBG yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JBG YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi. Mesyuarat ini dihadiri Timbalan Ketua Pengarah JBG serta pengarah-pengarah bahagian JBG. Pihak LZNK diwakili Ketua Pegawai Agihan LZNK YBrs. Tuan Mohamad Suraidi bin Saad dan Ketua Divisyen Agihan Zakat YBrs Tuan Abdul Hadi bin Abdul Majid. Mesyuarat ini membincangkan dan melaporkan status dana Skim Bantuan Guaman Syarie sumbangan LZNK yang melibatkan pengendalian kes-kes syariah bagi golongan asnaf di negeri Kedah. Pihak JBG amat berharap agar kerjasama ini dapat di teruskan dan ditingkatkan pada masa hadapan selaras dengan hasrat JBG untuk memudahkan golongan asnaf mendapat akses kepada bantuan guaman secara lebih menyeluruh. Adalah diharapkan agar pertemuan pada hari ini akan dapat memberi idea yang bernas bagi usaha penambahbaikan perkhidmatan dan mendapat kebaikan dalam meningkatkan lagi kerjasama dan hubungan antara kedua-dua agensi pada masa hadapan
449724134 909765404530402 6362366278305901151 n 449844253 909765424530400 3544721992308082829 n

Kunjungan Hormat JBG Negeri Sabah kepada YB Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah

5 JUN 2024 (Rabu) - Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sabah, Puan Herlina binti Muse telah membuat kunjungan hormat kepada YB Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah bagi membincangkan Program Jow yang akan diadakan di Dataran Terbuka Pejabat Daerah Kecil Paitan pada 8 Jun 2024. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Menteri, Datuk James Ratib kerana telah menyambut baik kunjungan hormat tersebut.
447187875 890649113108698 8630788881065613620 n 447503169 890649136442029 6567530047199947162 n

Subcategories