jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Literasi Undang-Undang di Penjara Alor Setar, Kedah

09 Januari 2024 - Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah telah mengadakan Program Literasi Undang-Undang bersama tahanan reman yang bertempat di Penjara Alor Setar, Kedah. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan berkenaan undang-undang dari aspek undang-undang jenayah dan syariah yang boleh dijadikan panduan kepada penghuni di situ. Program ini telah dihadiri oleh Tuan Mohd Zaki Bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah, Tuan Mohd Faizuan Bin Sulaiman, Penolong Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah dan Encik Yusman Bin Abdul Rasjid, Penolong Pegawai Undang-Undang Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah. Pihak Penjara Alor Setar pula telah diwakili oleh Tuan Mohd Hafiz Bin Abd Latiff, Timbalan Pengarah Penjara Alor Setar, Encik Wan Mohd Salimi Bin Wan Mohd Nasir, Timbalan Penguasa Penjara dan Encik Mohd Nasir Bin Saad, Pegawai Pejabat Pendaftar Penjara. Program sebegini telah berjaya melibatkan seramai 120 orang penghuni termasuk pegawai dan kakitangan Penjara Alor Setar. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Penjara Alor Setar dan diharapkan koloborasi ini dapat terus diperkasakan.

 

418578946 793416122831998 2451490664420175059 n 418568862 793416199498657 2970957686383838503 n
418586354 793416159498661 969265447640534452 n 418949563 793416152831995 3599869994389831698 n

Lawatan Kerja ke Jabatan Bantuan Guaman Selangor

9 Januari 2024 - YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Bantuan Guaman Negeri Selangor. Turut hadir bersama adalah Tuan Za’im bin Md Yudin, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah). Lawatan kerja ini telah disambut oleh Puan Norhayati binti Johar, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Selangor bersama warga kerja Jabatan Bantuan Guaman Negeri Selangor.

 

417363643 792596049580672 6968213199894905648 n
417369258 792595936247350 3700458663044380000 n 417465200 792596006247343 3351879086981112345 n
417556758 792596092914001 3999075791196807639 n
  

Subcategories