jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Muzakarah Pegawai Pengantara JBG Tahun 2024

Rabu, 28 Ogos 2024 Muzakarah Pegawai Pengantara JBG Tahun 2024 telah berlangsung pada 26 hingga 28 Ogos 2024 di Hotel Geno Shah Alam. Muzakarah ini telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sivil) YBrs Puan Arleen binti Ramly, pengarah-pengarah bahagian JBG serta semua pegawai pengantara JBG dari seluruh Malaysia. Program Muzakarah Pegawai Pengantara tahun 2024 merupakan program yang julung kali diadakan. Antara Agenda Muzakarah ini ialah Mesyuarat Pegawai Pengantara, ceramah dari Pakar Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bengkel Pindaan SOP Pengantaraan. Antara objektif Muzakarah Pegawai Pengantara diadakan adalah;
i) Memantapkan pengetahuan Pengantara JBG mengenai tatacara, proses dan gerak kerja pengantaraan;
ii) Mengasah pemikiran dan bertukar pandangan mengenai tatacara, proses dan gerak kerja pengantaraan agar lebih efisien dan proaktif dan;
iii) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Pengantara JBG dalam mengendalikan sidang pengantaraan.
Pihak JBG amat berharap dengan penganjuran muzakarah pada kali ini akan dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan memberi impak yang positif. Penganjuran muzakarah seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa agar lebih menyeluruh serta merangkumi pengisian dan pelaksanaan pelbagai isu yang akan dibincangkan bagi memantapkan lagi khidmat pengantaraan JBG di seluruh Malaysia.

22ccx tf5
   

Program Jelajah Kehakiman (JOW) dan Klinik Guaman Bergerak JBG Sarawak 2024


Sabtu, 24 Ogos 2024, Program Justice on Wheels (JoW) Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sarawak telah berlangsung di Kampung Long Tuan Trusan Lawas, Sarawak dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Johari bin Abdul; Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat. Program juga turut dihadiri oleh dif-dif kehormat termasuklah:

i. YB Tuan Kula M. Segaran A/L V. Murugeson
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi)

ii. Yang Berhormat Senator Datuk Wira Dr Mohd Hatta bin Md Ramli
Ahli Dewan Negara

iii. Yang Berhormat Dato’ Dr Henry Sum Agong
Ahli Parlimen Lawas

iv. Yang Berhormat Tuan Hassan bin Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang

v. Yang Berhormat Datuk Willie Anak Mongin
Ahli Parlimen Puncak Borneo

vi. Yang Berhormat Dato’ Dr Zulkafperi bin Hanapi
Ahli Parlimen Tanjung Karang

Program dihadiri oleh warga Long Tuan Trusan dengan kehadiran lebih kurang 150 orang termasuklah pemimpin-pemimpin masyarakat setempat. Program JoW adalah merupakan program khusus untuk menyantuni masyarakat di luar bandar dan pedalaman bagi memberikan khidmat nasihat kepada semua permasalahan undang-undang yang dihadapi oleh mereka sekaligus mewakilkan mereka sebagai anak guam sekiranya memenuhi kriteria serta syarat yang digariskan. Tujuan JoW juga adalah untuk mempromosikan aktiviti JBG seterusnya melonjakkan lagi visi dan misi JBG bagi memberi perkhidmatan guaman yang berkualiti dan profesional bagi menjamin akses kepada keadilan. Pihak JBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak pengurusan yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga beroleh manfaat.

JOW LAWAS 1 JOW LAWAS 5
JOW LAWAS 7 JOW LAWAS 9

Program Klinik Guaman Negeri Perlis


Khamis, Selasa, 27 Ogos 2024 - Program Klinik Guaman Jabatan Bantuan Guaman Negeri Perlis telah diadakan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00t/hari. Terima kasih kepada pihak Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis atas kebenaran dan kerjasama yang diberikan.

457149117 946294347544174 1098464160597540626 n (1) 457186613 946294437544165 4074256377445946728 n

Jemputan Panel Penceramah bagi Kursus Pemantapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju' Negeri Kedah


Khamis, 15 Ogos 2024, Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah telah dijemput menjadi panel penceramah di dalam Kursus Pemantapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ (PPNCR) yang dianjurkan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah bertempat di Hotel Park Avenue, Sungai Petani. Pegawai terlibat adalah Pegawai Syariah Kanan, Tuan Mohamad Fahmi bin Mohamad Idris yang menyampaikan ceramah bertajuk “Hak Suami dan Isteri Menurut Perspektif Undang-Undang Keluarga Islam.” Turut bergandingan menjadi panel di dalam kursus tersebut adalah penceramah motivasi yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Elyas bin Ismail.

Kursus ini telah berjaya melibatkan penyertaan seramai 187 orang peserta di kalangan imam-imam kariah Zon Kedah Selatan seperti Kuala Muda, Yan, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Majlis perasmian penutupan dilakukan oleh Dr Syeikh Hazizan bin Mat Desa selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) di atas amanah dan kepercayaan yang diberikan.

455362307 937781235062152 1245139881094856715 n 455648693 937781208395488 8947359891946346264 n
   

Program Santuni Madani


Khamis, 15 Ogos 2024 – Sesi pertemuan Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman, Dato’ Norazmi Bin Mohd Narawi dan Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan, Puan Hanis Anisha Binti Jamilludin serta pasukan bersama Penghulu, Ketua Kampung dan JPKK Penduduk Kampung Bayai, Jempol bagi membincangkan “Program Santuni Madani”.

456372573 941009858072623 8782110042094232763 n 456407707 941009844739291 423858367382622025 n
   

Subcategories