
1)
Nama | : | Fauzi Bin Mohd Husin | |
Bahagian / Cawangan | : | Jabatan Bantuan Guaman Kelantan | |
Jawatan / Gred | : | Penolong Akauntan W29 (KUP) | |
Pencapaian |
: | Pegawai ini merupakan seorang yang ringan tulang dan sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam menjalankan tugas serta patuh kepada arahan yang diamanahkan. Beliau sentiasa mematuhi KPI dalam menjalankan tugas antaranya seperti menghantar tuntutan, laporan akaun amanah, laporan maklum balas pelanggan, dan laporan piagam pelanggan. Selain itu, beliau adalah seorang yang aktif dalam aktiviti Kelab Kebajikan Jabatan serta terlibat secara langsung dalam kegiatan rukun tertangga. Beliau merupakan pengerusi Kelab Kebajikan & Sukan JBG Kelantan dan timbalan setiausaha rukun tetangga kawasan beliau tinggal. Seorang yang rajin dan pencalonan pegawai sebagai pekerja contoh boleh memberi semangat dan perangsang kepada pegawai dan kakitangan lain. | |
2)
Nama | : | Mohd Nizam Bin Azmi | |
Bahagian / Cawangan | : | Jabatan Bantuan Guaman Muar | |
Jawatan / Gred | : | Penolong Pegawai Syariah LS29 | |
Pencapaian |
: | Pegawai ini merupakan seorang yang sentiasa berusaha dan sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan. Beliau telah berjaya menyelesaikan purata sebanyak 42 nasihat undang-undang sehari dalam tempoh sebulan. Selain itu, beliau berjaya menyemak dan memastikan 21 pliding syariah disiapkan dan memfailkan 19 pliding syariah lengkap ditandatangan anakguam dalam tempoh ditetapkan. Seorang yang optimum boleh bekerjasama dan pencalonan pegawai sebagai pekerja contoh boleh memberi semangat dan perangsang kepada pegawai dan kakitangan lain. | |
1)
Nama | : | Badrul Hisham bin Ghani | |
Bahagian / Cawangan | : | Jabatan Bantuan Guaman Pulau Pinang | |
Jawatan / Gred | : | Pembantu Syariah Gred LS19 | |
Pencapaian |
: | Pegawai ini merupakan seorang yang berdedikasi dan sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan. Beliau telah berjaya mencapai sasaran 80% dalam pemfailan di dalam Mahkamah bagi kes-kes syariah yang telah didaftarkan di SPK-JBG. Selain itu, beliau adalah seorang yang aktif dalam aktiviti Kelab Kebajikan Jabatan serta terlibat secara langsung dalam kegiatan rukun tertangga. Seorang yang disenangi dan pencalonan pegawai sebagai pekerja contoh boleh memberi semangat dan perangsang kepada pegawai dan kakitangan lain. | |
1)
Nama | : | Suhaina binti Abdullah | |
Bahagian / Cawangan | : | Jabatan Bantuan Guaman Ibu Pejabat | |
Jawatan / Gred | : | Pembantu Tadbir Kanan Gred N22 | |
Pencapaian |
: | Pegawai ini merupakan seorang yang komited, dedikasi dan bertanggungjawab di atas semua tugasan yang diamanahkan. Beliau bertanggungjawab memastikan perjawatan Jabatan melebihi 90%, menyemak dan mengesah buku perkhidmatan dan kew.8 bagi semua pegawai dan kakitangan JBG. Beliau juga terlibat dalam melaksanakan penstrukturan semula Jabatan sehingga mendapat kelulusan JPA pada 1 Mei 2018 yang lepas. | |
Selain daripada itu, beliau juga sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan memperkemas sistem atau proses kerja kepada yang lebih baik. Pegawai sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas, mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berwibawa dan menjadi rujukan pegawai dan kakitangan di Jabatan. Pegawai seorang yang patuh kepada peraturan dan arahan, menepati masa dan mudah menyesuaikan diri dalam semua keadaan. Seorang yang disenangi dan pencalonan pegawai sebagai pekerja contoh boleh memberi semangat dan perangsang kepada pegawai dan kakitangan lain. |
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
2)
Nama | : | Nor Rahayu binti Othman | |
Bahagian / Cawangan | : | Jabatan Bantuan Guaman Muar | |
Jawatan / Gred | : | Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 | |
Pencapaian |
: | Pegawai ini merupakan seorang yang komited, dedikasi dan bertanggungjawab di atas semua tugasan yang diamanahkan. Beliau telah ditugaskan bagi membantu pegawai-pegawai di Bahagian Sivil disamping melaksanakan tugas berkaitan pentadbiran di JBG Cawangan Muar. Pada bulan ini pegawai telah berjaya menyediakan 15 pliding sivil lengkap dalam tempoh 14 hari serta menyerahkan 25 perintah bersih sivil kepada anak guam dalam tempoh 7 hari penerimaan dari mahkamah. | |
Selain itu, beliau juga bertanggungjawab sebagai pegawai stor cawangan dan pentadbir sistem HRMIS yang akan memastikan maklumat HRMIS pegawai dan kakitangan di JBG Muar sentiasa dikemaskini. Pegawai sentiasa berusaha meningkatkan kualiti kerja dan seorang yang disenangi oleh semua pegawai dan kakitangan. Seorang yang disenangi dan pencalonan pegawai sebagai pekerja contoh boleh memberi semangat dan perangsang kepada pegawai dan kakitangan lain. | |||
1) Pegawai Pengurusan dan Profesional
Nama | : | Siti Zaleha binti Mohd Salji | |
Bahagian / Cawangan | : | Jabatan Bantuan Guaman Ibu Pejabat | |
Jawatan / Gred | : | Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 | |
Pencapaian |
: | Pegawai seorang yang berkebolehan di dalam tugas beliau seperti memberi Khidmat Nasihat, terlibat dalam menyediakan Kertas Kerja bagi Naziran JBG 2018, membantu dalam penyediaan KPI setiap suku tahun, menyediakan 6 Statistik Daftar, Penyelesaian dan Keseluruhan Kes yang melibatkan Cawangan JBG seluruh Malaysia dan dilantik sebagai Pegawai Penyelaras Keselamatan Bahagian Sivil JBG. | |
Seorang yang berdedikasi dalam tugas-tugas yang diamanahkan, sering mengemukakan idea-idea yang bernas dan mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa PUSPANITA dan aktif di dalam aktiviti Persatuan dan program kemasyarakatan anjuran Jabatan. |
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
2) Pegawai Sokongan
Nama | : | Mohd Kamarulakmar bin Anuar | |
Bahagian / Cawangan | : | Jabatan Bantuan Guaman Ibu Pejabat | |
Jawatan / Gred | : | Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)Gred N19 | |
Pencapaian |
: | Pegawai merupakan seorang yang berdedikasi serta menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi di dalam tugas yang diamanahkan. Beliau berjaya menyelesaikan isu permasalahan berkaitan pengurusan aset yang timbul seperti pelupusan dan pendaftaran di ibu pejabat dan cawangan, menyusun serta mengemaskini maklumat aset di semua cawangan dengan teratur di dalam Sistem Pengurusan Aset selaras dengan laporan yang diberikan. | |
Beliau juga bertanggungjawab dalam pengumpulan dan penyediaan laporan aset bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan keseluruhan serta menguruskan permohonan pembelian dan penyelenggaraan aset dan kenderaan jabatan dari ibu pejabat dan cawangan. Selain daripada itu, beliau merupakan Pegawai yang teliti, berintegriti dan menjadi rujukan rakan sekerja bagi menyelesaikan permasalahan berkaitan aset. Beliau merupakan Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan BHEUU dan Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Presint 18 (2). | |||
1) Pegawai Pengurusan dan Profesional
Nama | : | Asfanizan binti Abdul Razak | |
Bahagian / Cawangan | : | Jabatan Bantuan Guaman Ibu Pejabat | |
Jawatan / Gred | : | Penolong Pegawai Tadbir Kanan Gred N32 | |
Pencapaian |
: | Pegawai ini merupakan seorang yang sentiasa menunjukkan komitmen dan kerjasama yang sangat tinggi dalam melancarkan urusan kerja hakiki di Ibu Pejabat JBG serta lain-lain | |
perkara yang melibatkan pentadbiran tanpa mengira waktu. Mempunyai perwatakan ceria dan positif serta sentiasa disenangi oleh pegawai dan kakitangan jabatan. Beliau telah Memperakukan sebanyak 300 baucar kewangan dan telah berjaya menyiapkan sebanyak lima (5) laporan kewangan pada bulan Mei 2018. Beliau sentiasa memastikan KPI unit kewangan sentiasa dipatuhi dan dicapai setiap bulan. |
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
2) Pegawai Sokongan
Nama | : | Nor Faliza binti Abdul Rashid | |
Bahagian / Cawangan | : | Jabatan Bantuan Guaman Pahang | |
Jawatan / Gred | : | Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)Gred N19 | |
Pencapaian |
: | Pegawai ini telah berjaya menyiapkan permohonan untuk difailkan ke mahkamah sebanyak 14 fail bagi bulan Mei 2018. Selain itu, pencapaian dalam bidang tugas beliau berdasarkan | |
hanya baru 5 bulan di Unit Syariah, sebanyak 68 fail kes telah didaftarkan ke Mahkamah dengan fail kes yang telah disediakan dengan lengkap dan teratur sehingga bulan Mei 2018. Walaupun Pegawai berkenaan sebelum ini bertugas di Unit Pentadbiran selama 8 tahun tidak mengahalang beliau untuk terus memberikan kerja dan pencapaian yang membanggakan. Di atas pencapaian beliau di Unit Pentadbiran yang membanggakan maka di atas kepercayaan dan kebolehannya beliau diberikan untuk membuat kes-kes Syariah. Beliau berjaya menyediakan dengan lengkap fail-fail kes selesai untuk ditutup sebanyak 46 fail kes. Beliau juga merupakan seorang Pembantu Tadbir (P/O) yang sentiasa menunjukkan komitmen kerja yang tinggi dan amat teliti di dalam urusan kerja. | |||